Bomoh Palsu Cuma Nak Ambil Kesempatan


ASSALAMUALAIKUM .......

Dok santai menonton program tv , berminat lak nak tengok program talk show yang membincangkan tentang bomoh palsu nak dapat free seks . Emmmm ... Baca tajuk pun tak pelik kan ! Perkara ni dah banyak berlaku . Cuma orang kita ni mudah percaya iklan - iklan bomoh - bomoh ni kat suratkhabar , tiang elektrik , bus stop dan banyak lagilah . Kalau dah desperate sangat nak dapatkan rawatan sekalipun , kan banyak perubatan Islam . 

Bomoh Palsu Cuma Nak Ambil Kesempatan


Bomoh Palsu Cuma Nak Ambil Kesempatan


Tonyoh jer kat Google ... macam - macam maklumat ada . Lebih selamat cari ustaz yang dah biasa jadi panel kat program agama kat tv . Tapi kalau pembaca memang tak minat tengok program agama , tak dopek la hambo nak tolong yer ! Pusat perubatan Islam paling terkenal , DARUL SYIFA lah . DARUL SYIFA' ni banyak cawangan di seluruh negara .


Kat sini saya nak kongsikan pengalaman dua orang wanita yang hampir jadi mangsa .



PUAN A :

Bila saya dan suami berjumpa dengan bomoh tersebut , saya rasa macam di pukau . Saya sedar tapi pada masa yang sama saya tak boleh buat apa - apa selain menurut kata - katanya . Bomoh tersebut suruh saya ikut dia masuk bilik . Dia kata itu adalah sebahagian daripada rawatan . Syukur , dengan kuasa Allah suami saya tersedar lalu merentap tangan saya dan bawa saya masuk kereta . Sebelum pergi , suami saya sempat memarahi bomoh tersebut .



PUAN B :

Selepas ambil nombor telefon bomoh tersebut dari kertas yang melekat di tiang elektrik , saya menelefonnya . Saya beritahu gangguan yang saya alami . Saya tanya dia sama ada dia boleh merawatnya . Dia beritahu yang saya perlu berada di atasnya untuk merawat saya . Bila bomoh tu cakap macam tu , saya rasa tak sedap hati dan rasa cara dia merawat agak mencurigakan . Saya pun off talian .



Sebenarnya , sama ada gangguan itu sihir / santau atau saka , alatnya tetap sama iaitu JIN / SYAITAN . Jadi lebih baik kalau pembaca amalkan surah atau doa yang boleh menghindarkan atau menghalau jin . 


Ada 2 perkara asas yang pembaca boleh buat :



1. Baca ayat KURSI dan 4 KUL setiap kali lepas solat 

2. Baca surah YASSIN 

  • Jika baca pada waktu subuh , maka pembaca akan dilindungi dari subuh hingga ke malam . Jika baca pada waktu malam , pembaca akan dilindungi dari malam hingga ke subuh .
  • Selain dapat elakkan diri daripada gangguan jin / syaitan , dapat juga menghindarkan dari rumah dimasuki pencuri , dirompak dan rumah terbakar .


Pembaca juga digalakkan membaca doa ini dalam doa selepas setiap solat 5 waktu .

Bomoh Palsu Cuma Nak Ambil Kesempatan


Bomoh Palsu Cuma Nak Ambil Kesempatan

0 Response to "Bomoh Palsu Cuma Nak Ambil Kesempatan"

Post a Comment