Biawak Yang Beriman


ASSLAMUALAIKUM ...


Biawak Yang Beriman | Untuk ruangan renungan kali ini SI ingin berkongsi kisah dizaman Rasulullah s.a.w. yang boleh kita renungkan bersama .


Biawak Yang Beriman


Dirawatkan oleh Ibn Kathir dalam al - Bidayah wan Nihayah bahawa al - Baihaqiy menceritakan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al - Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq , dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a. :

Rasulullah saw sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat , tiba - tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah . Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk di makan . 

Melihat ramai yang berjalan itu , beliau tertarik untuk mendekati Lata dan Uzza , tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad ! 
Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan tergesa - gesa , tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam , putih dan merah serta selainnya ! "

Umar al - Khattab menjadi marah , lalu bangkit dan berkata : 
Wahai Nabi ! Biarlah saya mengakhiri hidupnya ! "

Rasulullah saw tenang menjawab permintaan Umar : 
" Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi ? "

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu : 
Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian ? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku ! "

Arab Badwi itu tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata :
 " Demi tuhan Lata dan Uzza ! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad sehinggalah biawak itu beriman kepadamu . " 
katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi saw .

Nabi saw memanggil biawak itu . Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir : 
Ya wahai Nabi saw ! "

Nabi bertanya : 
" Kepada siapakah engkau beriman ? "

Jawab biawak itu : 
Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu 'arasy - Nya , di bumi itulah kekuasaan - Nya , di lautan itulah jalan - Nya , di syurga itu rahmat - Nya dan dalam neraka itu azab - Nya ! "

Tanya Nabi lagi : 
Aku ini siapa wahai biawak ? "

Jawab biawak : 
Tuan adalah utusan Allah , yang memiliki sekian alam ! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan , dan binasalah orang yang mendustakan tuan ! "

Mendengar kata - kata biawak itu , Arab Badwi itu lantas berkata : 
Wahai Muhammad ! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci , tetapi pada hari ini engkaulah orang yang paling aku kasihi berbanding bapaku , diriku sendiri , engkau amat ku kasihi zahirku dan batinku . 
Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir : 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruh - Nya . "

Lalu Rasulullah saw berkata : 
" Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah - Nya kepadamu , sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya dan ia tidak diterima tanpa solat , dan solat pula tidak diterima tanpa al - Quran . "

Jawabnya : 
" Kalau begitu ajarlah saya al - Quran itu , wahai Nabi ! " 
Nabi pun mengajarnya membaca surah al - Ikhlas .

Beliau berkata : 
Saya tak pernah mendengar kata - kata yang lebih hebat daripada ini ! "

Nabi menambah : 
Ini adalah perkataan Allah , bukannya sajak , jika engkau membaca surah al - Ikhlas ini sekali , ganjarannya di sisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga dari al - Quran . Jika kau membaca dua kali seumpama dua pertiga dari al - Quran dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al - Quran . "

Jawab Arab itu : 
" Tuhan itu adalah Tuhan kami , Dia menerima dari kita sedikit tetapi membalasnya dengan banyak ! " 



0 Response to "Biawak Yang Beriman"

Post a Comment